Malaysia, Türkiye sepakat ganda usaha kekang Islamophobia kian menggila

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Malaysia dan Türkiye sepakat untuk menggandakan usaha bagi membendung sentimen Islamophobia yang semakin menggila.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Turkiye senada bahawa usaha memberi penjelasan perlu dipergiat.

“Mengadakan pertemuan dengan sahabat baik saya, Presiden Türkiye TYT Recep Tayyip Erdoğan di Turkish House, New York.

“Kami sepakat untuk menggandakan usaha bagi membendung sentimen Islamophobia yang semakin menggila.

“Sekiranya, isu mengenai Islam ini tiada jalan kesudahan maka natijahnya amat teruk untuk masa hadapan khususnya generasi akan datang,” kata Anwar.

Selain itu, jelas beliau turut dibincangkan semasa pertemuan ini adalah keperluan untuk meningkatkan kerjasama dua hala terkait bidang pelaburan dan perdagangan antaranya melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membesarkan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG), kerjasama ekosistem pertahanan antara kedua-dua negara.

“Di akhir pertemuan, saya sekali lagi menjemput Presiden Erdogan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sebelum hujung tahun ini.

“Besar harapan saya agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama Malaysia dan Türkiye yang telah sekian lama terjalin akan kekal utuh dalam semangat persahabatan yang mampu membawa manfaat kepada kedua-dua negara,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat