Malaysia-Iran perkukuh hubungan dua hala pelbagai kerjasama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran.

Pengukuhan ini melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam pertemuan beliau dengan Presiden Iran, TYT Seyed Ebrahim Raisi, Malaysia juga mengulangi komitmen untuk mengadakan mesyuarat suruhanjaya bersama (JCM) dan mesyuarat suruhanjaya ekonomi (JEC) antara dua negara bagi menghalusi semua potensi skop kerjasama.

“Semoga hubungan Malaysia dan Iran akan terus diperkukuh demi manfaat bersama, Insya-Allah,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat