MUDA Kini ‘Sugar Baby’ Baru DAP, Amanah Tersisih – Nur Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -DAP tahu Amanah sudah tak boleh diharapkan untuk Pakatan Harapan (PH) meraih undi orang Melayu.

Sedangkan MUDA yang terdiri daripada barisan anak-anak muda Melayu yang liberal berjaya didaftarkan sebagai sebuah parti baru, membuatkan DAP nampak peluang baru untuk mereka meraih keuntungan,” kata Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Maka makin tersisih dan terpinggirlah Amanah yang rata-rata masih diterajui kuda-kuda tua yang semakin hilang cengkamannya dalam landskap politik negara.

“Presiden Amanah, Mohamad Sabu bukan lagi singa garang tapi sudah bertukar jadi gajah tua hilang gading yang tak boleh DAP harapkan lagi. Begitu juga dengan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sudah malap cahayanya dan kini sudah tak popular seperti dulu.

“Malah Mat Sabu dan Salahuddin terpaksa jadi pak turut kepada DAP serta terpaksa berdiam diri jika mereka mahu kekal jadi calon PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“DAP kini sudah membela ‘sugar baby’ baru dan asyik membelai serta memanjakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengepalai MUDA. Nampak sangat sayang DAP sudah beralih arah. Bukan setakat Amanah saja yang hilang perhatian dari DAP tapi DAP juga pilih kasih dengan PKR bila babitkan isu dengan MUDA,” dakwa Nur Jazlan dalam kenyataannya pada Rabu.

Kataya ini susulan dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, calon-calon Amanah kalah teruk maka mereka mula hilang kepercayaan daripada pengundi Melayu Islam.

“Ketika itu jugalah DAP sedikit demi sedikit mula menyisihkan Amanah. Tiada lagi istilah anak emas dari DAP untuk Amanah. Apabila terasa dipinggirkan, pemimpin Amanah termasuk kepimpinan Pemudanya terpaksa merayu kepada PH dan DAP untuk diberikan kerusi Gred A pada mereka pada PRU-15 nanti.

“Sebab Amanah sedar mereka bukan lagi kekasih hati DAP, jadi mereka terpaksa mengemis dapatkan kerusi untuk ditandingi nanti. Mereka takut DAP akan beri banyak kerusi berprestij dan selamat kepada MUDA seperti yang berlaku pada PRN Johor lepas, bila MUDA dapat kerusi gerenti menang di Puteri Wangsa.

“Kalau DAP dan PKR sepakat berikan kerusi selamat kepada parti baru itu, apa lagi yang tinggal untuk Amanah? Mungkin Amanah terpaksa bersabung nyawa bertanding di kerusi majoriti Melayu yang pastinya didominasi Umno mahupun PAS. Bila keadaan ini berlaku, bermakna nyawa Amanah makin pendek dalam politik negara dan jika DAP tak berikan kerusi Gred A yang lebat dengan undi Cina yang dididik berpuluh tahun untuk membenci Barisan Nasional (BN), maka apa lagi yang tinggal untuk Amanah? Kerana Amanah pastinya tak diterima di kerusi majoriti Melayu dan hanya kerusi dikuasai pengundi Cina yang sudah lama berkiblatkan DAP boleh jadi penyelamat kepada Amanah,” ujarnya.

Ketua Umno Bahagian Pulai itu menambah, nampaknya Amanah macam juga bekas parti ibunya, PAS memang bermasalah dalam jalinkan hubungan.

“Sama ada mereka dipermainkan atau mempermainkan pasangan masing-masing, tapi nasib mereka tetap sama. Mungkin sebab PAS dan Amanah berkongsi DNA yang sama.

“Dulu masa bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat, geng berhaluan kiri ini tikam parti sendiri kerana termakan janji-janji manis DAP, sebelum mereka keluar beramai-ramai dari PAS dan tubuhkan Amanah. Geng Amanah ini mempermainkan PAS yang berikan tempat dan kedudukan kepada mereka dalam politik. Bila dah ada nama, ada kekuatan dan ada pengikut, mereka khianati parti sendiri.

“Kini, giliran Amanah pula dipermainkan oleh pasangannya, DAP yang mula tawar hati dan hilang kepercayaan kepada mereka. Amanah sudah tak mampu lagi dijadikan kuda tunggangan DAP sebab sudah tua dan lemah tenaga,” dakwa Nur Jazlan lagi.

Tegasnya, DAP mahukan kuda muda Melayu yang kuat, bertenaga dan senang dipengaruhi seperti orang muda dalam MUDA untuk mereka pancing undi Melayu.

“Jadi tinggallah Amanah tersudut seorang diri dalam hubungan tiga segi PH. Begitulah nasib Mat Sabu dan rakan-rakannya,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat