PAU 2024: ‘Langkah Pengukuhan’ bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru para perwakilan menjadikan Persidangan UMNO tahun ini sebagai titik lonjakkan ke arah kejayaan yang lebih besar dalam merealisasikan ‘Langkah Pengukuhan’.

Jelasnya, Langkah Pengukuhan ini adalah sebagai jalan tuntas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

“Buat para perwakilan yang saya kasihi, ayuh kita  bangkitkan semangat perjuangan, menjadikan Persidangan Agung UMNO tahun 2024 ini sebagai titik lonjakkan ke arah kejayaan yang lebih besar dalam merealisasikan ‘Langkah Pengukuhan’.

“Jadikan kemenangan di Nenggiri sebagai azimat buat kita satukan jiwa, tenaga, dan iltizam demi mencari penyelesaian tuntas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti.

“Dengan penuh harapan dan keyakinan, saya doakan persidangan ini dapat menyemarakkan semangat para perwakilan dalam saf perjuangan,” katanya menerusi kenyaaan Facebooknya, pada Rabu.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat