Bekas ahli Dewan Negara Roslan Awang Chik meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Roslan Awang Chik meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat strok, pada awal pagi tadi.

Anak lelakinya, Fadhlan Roslan, 44, berkata Allahyarham Roslan, 73, meninggal dunia pada 2.51 pagi tadi di sisi beberapa ahli keluarga.

Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman mereka di Batu Buruk, di Kuala Terengganu untuk disolatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), di Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim selepas zohor.

“Arwah juga menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu dan menjalani rawatan kimoterapi di HSNZ,” lapor Bernama di Terengganu pada Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Roslan pernah menyandang jawatan Adun Ladang selama satu penggal dari 1995 hingga 1999, dan juga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bermula 2004 hingga 2010.

Selain itu, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu dan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat