Pusat Penjagaan Warga Emas Di Johor Dikenakan PKP Secara Pentadbiran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pusat penjagaan warga emas di Kluang, Johor, yang dikesan sebagai kluster baharu COVID-19, kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu diambil susulan kes membabitkan penghuni pusat penjagaan berkenaan.

Beliau berkata, semua penghuni dan kakitangan di pusat penjagaan itu, serta ahli keluarga mereka, sudah menjalani ujian saringan COVID-19.

“Seperti biasa, prosedur saringan sudah dijalankan, termasuk terhadap pekerja yang keluar masuk dan petugas pembekal barangan keperluan.

“Buat masa ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan orang awam tidak dibenarkan masuk sepanjang tempoh PKP secara pentadbiran,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes pertama kluster itu membabitkan kematian ke-123 akibat COVID-19 di negara ini yang dilaporkan kelmarin.

Dr Noor Hisham memaklumkan, setakat jam 12 tengah hari semalam, 39 orang sudah disaring dengan 14 didapati positif dan 18 lagi negatif, manakala tujuh masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah keseluruhan yang disahkan positif COVID-19, 13 adalah rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia.

Mereka terdiri daripada 11 warga emas yang juga penghuni rumah penjagaan terbabit, seorang pekerja dan seorang ahli keluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat