#KitaMestiMenang Mendapat Pujian Antarabangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Dr Adham Baba telah mendapat perhatian dan pujian diatas langkah kerajaan Malaysia menangani penularan Covid-19 daripada pihak antarabangsa.

Slogan #KitaMestiMenang yang dilaungkan berada di landasan yang betul. Malaysia kini hanya ada 122 kes aktif sahaja dengan kadar kesembuhan pesakit di Malaysia adalah yang ketiga terbaik di dunia dengan kadar 97.22%.

Duta Jepun ke Malaysia, Oka Hiroshi; Duta Colombia ke Malaysia, Mauricio Gonzalez Lopez; Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Wali; Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt dan Duta Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov menyampaikan ucapan tahniah kepada Menteri Kesihatan Malaysia Dato Seri Dr Adham bin Baba semalam.

“Kebanyakkan duta yang ditemui mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada KKM kerana mereka berasa selamat untuk meneruskan tugas di negara ini dengan langkah pencegahan Covid-19 yang diambil pihak berkuasa Malaysia.

“Mereka berasa Malaysia seolah-olah menyelamatkan mereka dari ancaman Covid-19, ” kata Dr Adham Baba kepada SuaraTV hari ini.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat