Sabahan No 1 Adalah Perjuangan BN – Salleh Said Keruak

- Advertisement -

BENONI, – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa slogan “Sabahan No 1” bukan sekadar retorik politik, sebaliknya mencerminkan iltizam Barisan Nasional (BN) untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat negeri itu.

Menurut beliau, BN tidak bersandar pada sentimen semata-mata, tetapi mengutamakan dasar dan pelaksanaan pembangunan sebenar demi rakyat.

“Ini bukan slogan kosong. BN perjuang hak rakyat Sabah melalui dasar dan pembangunan yang nyata bukan janji semata, tetapi pelaksanaan,” katanya ketika berucap dalam program Radu Tatap Radu anjuran UMNO Papar di Benoni, Pantai Manis hari ini.

Salleh menambah, perjuangan BN tidak dibina atas kekayaan atau kemewahan, sebaliknya berlandaskan semangat dan usaha yang ikhlas.

Kita tidak datang dengan wang, tapi dengan semangat dan kerja keras. Itu yang membezakan kita,” tegas beliau.

Salleh turut menyatakan bahawa BN Sabah kini bergerak seiring dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, dan mempunyai hala tuju yang jelas untuk memastikan suara rakyat Sabah terus menjadi suara penentu dalam proses membuat keputusan negara.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan turut dihadiri pemimpin-pemimpin UMNO negeri, antaranya Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan; Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Ramie Unggi; Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi; ADUN Pantai Manis, Datuk Tamin Zainal; serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat