Pakistan Tak Akan Lagi Dapat Air Dari India – Amit Shah

- Advertisement -

NEW DELHI – India tidak akan memulihkan Perjanjian Air Indus (Indus Waters Treaty) dengan Pakistan dan merancang untuk mengalihkan aliran air yang selama ini mengalir ke Pakistan untuk kegunaan domestik, kata Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah dalam satu wawancara bersama Times of India pada Sabtu.

Perjanjian yang dimeterai pada tahun 1960 itu telah menjamin akses air kepada Pakistan, meliputi kira-kira 80% kawasan pertanian negara tersebut menerusi tiga batang sungai utama yang berpunca dari wilayah India. Namun, perjanjian itu kini tergantung selepas India menggantung penyertaannya berikutan satu serangan yang mengorbankan 26 orang awam di Kashmir India, yang didakwa dilakukan oleh pengganas.

Pakistan menafikan sebarang penglibatan dalam insiden itu, tetapi perjanjian kekal tidak berfungsi meskipun kedua-dua negara bersenjata nuklear itu mencapai gencatan senjata bulan lalu selepas pertempuran paling buruk dalam beberapa dekad.

“Tidak, ia tidak akan dipulihkan,” kata Shah.

“Kita akan ambil air yang selama ini mengalir ke Pakistan dan salurkan ke Rajasthan melalui pembinaan terusan. Pakistan akan terputus daripada sumber air yang mereka nikmati secara tidak sah selama ini,” tambah beliau merujuk kepada negeri barat laut India itu.

Kenyataan tegas Shah, yang dianggap menteri paling berpengaruh dalam Kabinet Perdana Menteri Narendra Modi, telah memadamkan harapan Islamabad untuk rundingan semula berkaitan perjanjian tersebut dalam masa terdekat.

Bulan lalu, Reuters melaporkan bahawa India bercadang untuk meningkatkan pengambilan air dari salah satu sungai utama yang turut membekalkan air ke kawasan pertanian Pakistan sebagai tindakan balas terhadap ketegangan dua hala.

Kementerian Luar Pakistan setakat ini belum memberi sebarang maklum balas kepada permintaan komen daripada Reuters.

Namun, Islamabad sebelum ini menegaskan bahawa perjanjian tersebut tidak membenarkan mana-mana pihak menarik diri secara unilateral, dan tindakan menyekat aliran air ke Pakistan akan dianggap sebagai “tindakan perang”.

Pakistan juga sedang meneliti tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa berhubung keputusan India menangguhkan perjanjian tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat