TDM & TNI-AD sekat 9 PATI menyusup laluan tikus ceroboh sempadan negara

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

LUNDU – Seramai 9 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) cuba menyeludup masuk ke negara ini gagal, apabila mereka disekat pantas oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) pada Rabu.

Dalam tangkapan itu, PATI terbabit ditahan di sempadan di sini, kira-kira pukul 2.10 petang.

Menerusi kenyataan Divisyen Pertama Infantri (1 Divisyen) memaklumkan kejadian berlaku ketika anggota TDM dan TNI-AD sedang melaksanakan operasi di Sektor Pos Gabma Biawak iaitu jarak lebih kurang 120 meter dari sempadan Indonesia.

Menurutnya, ketika sedang melaksanakan rondaan, anggota tentera mengesan 9 PATI sedang berjalan dalam keadaan mencurigakan daripada arah sempadan Indonesia.

Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan oleh anggota tentera mendapati kesemua suspek adalah PATI terdiri daripada tiga perempuan dan enam lelaki.

Kesemua suspek adalah warganegara Indonesia dalam lingkungan umur 20 hingga 49 tahun.

“Mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, cuba menceroboh masuk ke Malaysia menyusup melalui laluan tikus untuk bekerja di Malaysia.

“Tiada barang larangan berbahaya ditemui hanya wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg pakaian yang dianggarkan berjumlah RM 8,680 keseluruhannya,” katanya.

Menurutnya lagi , laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa. Kesemua suspek telah di bawa ke sempadan negara untuk tindakan pengusiran.

Ujarnya, sebanyak 12 kali tindakan pengusiran keluar ke sempadan negara oleh pihak berkuasa tentera melibatkan seramai 71 orang PATI telah direkodkan setakat ini.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya.

TDM terus komited, bersiap siaga memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan, ”menurut kenyataan itu lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat