Puad rayu kerajaan buat U-turn batal jual saham kepada BlackRock

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa agar membatalkan hasrat untuk menjual 30 peratus saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada GIP syarikat subsidiari milik BlackRock pro-Israel.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi mengingatkan kerajaan agar konsisten dengan pendirian tegas Malaysia menyokong kemerdekaan Palestin.

“Difahamkan kerajaan boleh U-turn untuk batal pembelian 30 peratus saham MAHB oleh GIP subsidiari syarikat Blackrock pro Israel.

“Kerajaan wajar buat pertimbangan semula. Ia konsisten dengan pendirian tegas Malaysia menyokong kemerdekaan Palestin.

“Ia juga bukti Malaysia membantah kedegilan regim Zionis yang terus membantai Gaza,” tegas Puad.

Kata Speaker DUN Johor itu, lagi pun lapangan terbang adalah aset strategik yang melibatkan isu kedaulatan.

“Jangan untung secupak rugi segantang,” nasihat beliau.

Dalam hantaran sebelumnya, Puad berkata, kerajaan tidak akan U-turn penjualan saham MAHB kepada GIP syarikat milik Blackrock pro Israel.

“Kononnya ia akan menjejas reputasi “pro bisnes” kerajan termasuk imej Khazanah Nasional. Surat tawaran sudah keluar. Itu alasannya.

“Malaysia pernah batal projek HSR (keretapi laju) dan tender jambatan bengkok. Beratus juta ringgit duit pampasan dibayar. Boleh pula.

“Bahkan dalam kes Pulau Batu Putih Malaysia juga buat pusingan U. Tun Dr Mahathir batalkan permohonan semakan kehakiman.

“Bila tidak U-turn, kerajaan nampaknya sedia dikecam oleh rakyatnya sendiri dalam isu human right di Gaza kerana Zionis Israel terus mengganas,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat