China kembali dakwa Laut China Selatan di Sarawak hak mereka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – China nampaknya kembali menggugat kedaulatan Malaysia di perairan Sarawak.

Memetik X @Marchforward difahahamkan, laskar-laskar siber China sudah mula menyokong tindakan republik itu kononnya Laut China Selatan di Sarawak itu adalah milik mereka.

“Aku nampak dah mula ada cytro-cytro China dah mula berkeliaran nak sokong tindakan China claim laut kita kat Sarawak tu.

“Antara cubaan mereka ialah merendahkan ancaman. Kata takda apa pun kes tu.

“Malah kata kawasan ZEE Malaysia tak pernah kapal China ceroboh atau kata itu semua propaganda Barat. Benda tu tak wujud,” dakwa @Marchforward.

Akaun X itu juga memaklumkan, ada yang dakwa perairan Malaysia konon hak China pun ada.

“Cukup Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 3 cakap Malaysia kena ceroboh dengan China 89 kali dalam 4 tahun antara 2016 hingga 2019. Ni dah tahap Laporan Ketua Audit nak cakap propaganda Barat lagi ke?

“Kalau tak percaya lagi pergi tanya pekerja pelantar minyak terutama kat Sarawak. Mereka sendiri nampak kapal China berkeliaran.

“Mei 2020 paling terbaru West Capella. Kacau Petronas sampai TLDM naikkan level alert dan Amerika Syarikat (AS) datang tolong.

“Jun 2021, 16 pesawat Tentera China ceroboh ruang udara Malaysia,” ujarnya.

@Marchforward menegaskan China jelas-jelas cuba menipu namun tidak akan mampu menipu satu dunia.

“Kamu boleh cuba menipu.

“Tapi kamu takkan boleh tipu satu dunia dengan tipu daya kamu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat