Konsert solo yang dinanti-nantikan, Dato’ Awie bertajuk “Journey” akan mempersembahkan pengalaman unik dengan kombinasi monolog dan persembahan teatrikal. Konsert ini bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur dan akan menjadi kenangan manis buat semua peminat, menandakan tiga dekad perjalanan Dato’ Awie dalam industri seni.
Dalam satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn. Bhd., Samsul Kamal, beliau menyatakan bahawa sambutan terhadap konsert ini luar biasa sehingga beberapa kategori tiket habis dijual dalam beberapa jam sahaja selepas dilancarkan. “Ramai yang menantikan konsert solo Dato’ Awie sehinggakan laman web kami mencipta rekod menerima jumlah kunjungan paling tinggi pada jam pertama tersebut,” katanya. Tiket bagi beberapa kategori telah habis terjual, termasuk SILVER, GOLD, dan PLATINUM.
Bagi memenuhi permintaan ramai, kategori tiket baru iaitu RUBY yang berharga RM518 kini boleh dibeli melalui laman web rasmi www.pixeltix.com.my bermula hari ini. Kategori tiket yang diperkenalkan termasuk: ROYAL BOX: RM1500 (dengan sesi “meet and greet”), VIP+: RM1500 (dengan sesi “meet and greet”), VIP: RM1000, DIAMOND: RM700, PLATINUM: RM418, GOLD: RM288 dan SILVER: RM218
Dato’ Awie akan mempersembahkan lebih daripada 20 lagu popular beliau, termasuk dari album solo dan album bersama Wings, seperti album “Awie” (1994), “O-Tak” (1996), “Satu” (1998), “Rentap” (2000), dan “Santai” (2005). Konsert ini dijangka menjadi perpisahan yang penuh emosi bagi beliau dengan para peminatnya sebagai konsert solo terakhir beliau.
Bukan itu sahaja, konsert ini akan menampilkan barisan pemuzik handalan seperti Rozario Rasul sebagai Pengarah Muzik dan pemain keyboard, bersama-sama dengan Ritz MetalAsia (Gitar 1), Addy Cradle (Gitar 2), Fly Halizor (Bass), Ujang Exist (Drum), dan Pa’ang Zaman (Perkusi). Ini pasti akan memberikan persembahan yang mengagumkan dan dikenang sepanjang masa.
Dato’ Awie turut meluahkan perasaannya mengenai sambutan luar biasa terhadap konsert ini. “Saya terharu dan tidak menyangka sambutan terhadap konsert solo saya sehebat ini. Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada peminat, saya telah berbincang dengan pihak penganjur dan mereka bersetuju untuk membuka kategori tiket yang baru agar semua peminat dapat menyertai konsert ini,” katanya.
Konsert “Journey” Awie juga berkolaborasi dengan institusi kewangan terkemuka, Maybank, menjadikannya artis tempatan pertama yang dipilih sebagai rakan kerjasama Maybank bagi konsert ini. Pemegang kad Maybank akan menikmati potongan harga 10% untuk semua pembelian tiket menggunakan kad tersebut, selain itu mereka juga boleh membuat pembayaran sebanyak 50% terlebih dahulu dan melunaskan baki selebihnya seminggu sebelum konsert bermula.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman web rasmi www.pixeltix.com.my. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert yang bakal menjadi kenangan indah ini. Semua peminat yang hadir akan pulang bukan sahaja dengan memori yang tidak dapat dilupakan, tetapi juga cenderahati istimewa daripada Dato’ Awie sendiri.
Konsert “Journey” ini dijangka menjadi salah satu acara seni yang paling dinantikan tahun ini, menggabungkan elemen muzik, seni persembahan, dan kenangan 30 tahun perjalanan Dato’ Awie yang pasti meninggalkan kesan mendalam kepada setiap penonton.