Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi lepasan SPM diumum pada 28 Jun

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada hari Jumaat, 28 Jun ini.

Menurut kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 7 Julai 2024, jam 5.00 petang.

Jelas kenyataan itu lagi, pemohon boleh melalui platform seperti secara atas talian melalui pautan https://jpt.utm.myhttps://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.myhttps://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my.

Selain itu, mlalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

“Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 29 Jun 2024 hingga 7 Julai 2024 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 29 Jun 2024 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

“Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 28 Jun 2024, jam 12.00 tengah hari sehingga 7 Julai 2024, jam 5.00 petang. Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline® .

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan  pertukaran  program  pengajian dan  IPTA/ILKA  tidak  dibenarkan.  Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.” kata kenyataan itu lagi.

Jelas kenyataan itu lagi, sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

Bahagian Kemasukan Pelajar Ipta Jabatan Pendidikan Tinggi
Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62000 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya

No. Tel: 03-8684 2363, E-mel: [email protected]

Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT Instagram: @KEMASUKANBPKA

TikTok: BKPAUPU

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat