Khairy Dah Tolak Bersatu, Tapi Muhyiddin Minta Fikir Lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tawaran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar ditolak.

Pun begitu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu meminta agar Khairy memikirkan lagi tawarannya memandangkan masih ada beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum dibubarkan.

“Rabu lalu saya bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana saya masih berhutang jawapan dengan beliau. Muhyiddin telah tawarkan keahlian dalam parti Bersatu dan juga peluang untuk saya terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Jadi saya jumpa dengan beliau dan saya beri pandangan saya… beliau minta saya fikir lagi lah,” jelas Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Isnin.

Sementara itu, rakan hos beliau, Shahril Hamdan pula berkata,” jadi kita tahu lah apa jawapan itu”.

Ulas Khairy lagi memandangkan Muhyiddin meminta beliau berfikir lagi maka ia dituruti.

“Saya telah setuju untuk fikir lagi dan saya minta beliau sedikit masa.

“Sebenarnya, bagi saya dah ada jawapan tapi beliau minta supaya saya fikir lagi. Ada lagi DUN-DUN belum bubar jadi ada sedikit masa untuk apa-apa berlaku.

“Saya ada keputusan muktamad tapi bila pemimpin yang saya sanjungi minta supaya fikir lagi kita fikir lagi lah,” ujar bekas Menteri Kesihatan itu lagi.

Dalam perkembangan lain, Khairy menyatakan rasa kurang senang beliau terhadap laskar siber upahan Pakatan Harapan (PH).

Bahkan tidak keterlaluan apabila beliau menganggap laskar siber PH ini ada beban kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Banyak spekulasi dan buat pengumuman bagi pihak saya termasuk cytro PH. Mereka sebar berita palsu kononnya saya dilantik Timbalan Presiden lantikan parti Bersatu, diberi kerusi Kota Damansaara tentunya ini menimbulkan persepsi.

“Kerja cytro PH asyik menimbulkan persepsi, modus operandi cipta berita palsu kemudian disebar dan berita palsu itu mendapat komentar akan membentuk persepsi.

“Saya nak beritahu cytro PH yang terlibat dalam hal ini janganlah menyebarkan berita palsu ini tak beretika dalam politik. Ini
salah satu sebab saya kurang senang dengan PH pada hari ini sebahagian rakyat juga tak senang ialah perangai cytro PH

“Mereka ini jadi liabiliti kepada PMX,” bidas Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat