KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin tidak mahu kepentingan di dalam projek 5G Malaysia disalahguna dan mewujudkan ruang-ruang ketirisan serta ancaman keselamatan negara.

Menurutnya, adalah wajar pelan pelaksanaan projek dan peranan Digital Nasional Berhad (DNB) disemak semula oleh badan pengawasan sedia ada demi menjamin objektif utama iaitu akses kepada rangkaian mudah alih yang pantas, inklusif, berpatutan kepada rakyat dapat dicapai.

“Kalau perbelanjaan sebegini besar dan rakyat tidak nampak perkembangan tentang 5G tentu menimbulkan persoalan. Isu ini dari segi 5G memang tidak ada perkembangan bukan sahaja diperkata oleh rakyat termasuk pelabur luar. Belanjanya cukup besar.

“SPRM kita minta siasat perbelanjan ini digunakan untuk apa? Kita tak nak jadi seperti isu 1MDB sekali lagi bahawa UMNO dituduh macam macam. Kerajaan hari ini dan SPRM minta perhalusi apa apa perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat,” katanya semasa sidang media di Wisma TV Angkasapuri hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat sebarang laporan perkembangan mengenai isu tersebut.

Malah Zahidi turut memberitahu media, beliau tidak mendapat makluman bahawa DNB kini telah di kawal selia oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM).

“Sejak saya bangkitkan isu ini di parlimen, sampai hari ini tidak ada apa apa laporan dan perkembangan diberi kepada saya.

“Saya mendengar daripada akhbar dan sebagainya bahawa DNB di bawa kawal selia KKOM tapi saya tak dimaklum apa apa pun. Saya beranggapan masih di bawah kementerian kewangan.Sampai hari ini kita tidak dapat kerjasama daripada telco,” katanya.

Dalam pada itu beliau mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang hari ini mendesak SPRM supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap DNM supaya wujud transperansi dan urustadbir yang telus.

“Kita di kementerian ucapkan terima kasih sikap ambil berat pemuda Umno tentang isu yang meilbatkan rakyat iaitu isu 5G. Kerana kita di kementerian dan kerajaan hari ini nak semua orang dapat. Isu ini melibatkan wangrakyat daripada 11 bilion dan berganda ganda menjadi 30 bilion.

“Saya minta memorandum ini diberi perhatian dan jangan ada monopoli serta ketelusan dalam siasatan SPRM,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar