vivo X300 Ultra dan X300 FE: Duo baru untuk kaki konsert yang mahu setiap momen kekal hidup

Ada dua jenis orang bila pergi konsert. Satu, yang datang semata-mata nak menikmati muzik dan menyanyi sekuat hati. Satu lagi, golongan yang tak mahu satu detik pun terlepas tanpa dirakam. Bila lampu pentas mula menyala, artis kegemaran muncul, ribuan penonton menjerit serentak itulah saat yang ramai mahu simpan bukan sekadar dalam memori, tetapi dalam bentuk gambar dan video yang betul-betul nampak “hidup”.

Disebabkan itu, vivo nampaknya hadir dengan sesuatu yang cukup menarik melalui siri baharu mereka, vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE. Selepas pelancarannya mendapat sambutan hangat, kedua-dua model ini kini memulakan jualan pertama bermula 23 Mei hingga 23 Jun 2026 dengan pelbagai tawaran eksklusif untuk pengguna di Malaysia.

Apa yang membuatkan siri ini menarik bukan sekadar spesifikasi tinggi atas kertas, tetapi fokusnya yang sangat jelas menjadi telefon konsert terbaik untuk pengguna moden.

Anda berada di tengah-tengah lautan manusia dalam sebuah konsert. Lampu bertukar warna setiap beberapa saat. Penyanyi bergerak aktif dari kiri ke kanan pentas. Kadang-kadang asap memenuhi ruang, kadang-kadang pula cahaya terlalu terang sehingga kamera biasa mula hilang fokus.

Di sinilah kebanyakan telefon pintar mula menunjukkan kelemahan. Gambar menjadi kabur, wajah artis nampak jauh, video pula bergegar ketika tangan mula ikut rentak lagu.

Namun siri vivo X300 hadir dengan pendekatan yang sedikit berbeza.

vivo bekerjasama dengan ZEISS untuk membawa teknologi pengimejan yang lebih serius ke dalam telefon pintar mereka. Hasilnya, pengguna boleh merakam suasana konsert dengan lebih jelas walaupun dalam keadaan yang biasanya agak mencabar untuk kamera telefon biasa.

Bagi mereka yang mahukan pengalaman flagship sepenuhnya, vivo X300 Ultra tampil dengan pakej yang agak mengagumkan.

Telefon ini dilengkapi dengan ZEISS Triple Prime Lenses bersama Kamera Telefoto APO ZEISS Gimbal-Grade 200MP 85mm. Bunyinya mungkin sedikit teknikal, tetapi dalam bahasa yang lebih mudah, pengguna boleh menangkap subjek dari jarak jauh dengan lebih jelas tanpa kehilangan banyak perincian.

Mungkin anda pernah mengalami situasi begini duduk agak jauh dari pentas, cuba zum wajah artis kegemaran, tetapi hasil akhirnya nampak seperti lukisan air yang kabur.

Dengan kemampuan telefoto berkuasa ini, pengguna boleh mendapatkan rakaman lebih dekat walaupun berada jauh dari pentas.

Lebih menarik lagi, sistem penstabilan OIS bertaraf gimbal sehingga 3° membantu menghasilkan rakaman yang lebih stabil. Jadi walaupun anda sedang melompat atau menyanyi bersama ribuan peminat lain, video masih boleh kelihatan lebih kemas.

Tambahan pula, salutan khas ZEISS T* membantu mengurangkan masalah flare dan kesan ghosting yang sering muncul akibat lampu pentas yang terlalu terang.

Bagi pengguna yang mahu pengalaman premium tetapi dalam pilihan yang lebih mesra poket, vivo X300 FE juga bukan calang-calang.

Model ini hadir dengan Kamera ZEISS Super Telephoto 50MP bersama beberapa fungsi menarik seperti Stage Mode dan Dual-View Stage Video.

Apa yang menarik mengenai Stage Mode ialah ia direka untuk membantu menghasilkan rakaman lebih jelas dalam keadaan cahaya rendah sesuatu yang sangat penting ketika konsert berlangsung.

Sementara itu, ciri Dual-View Stage Video pula membolehkan pengguna merakam suasana pentas dan reaksi sendiri pada masa sama.

Bayangkan ketika artis kegemaran tiba-tiba menyanyikan lagu yang paling anda tunggu sepanjang malam bukan sahaja persembahan dapat dirakam, malah ekspresi terkejut atau teruja anda juga boleh disimpan sekali.

Kadangkala momen seperti itulah yang sebenarnya menjadi kenangan paling berharga.

Sempena jualan pertama ini, vivo turut menawarkan pelbagai promosi menarik.

Untuk vivo X300 Ultra, pengguna boleh menikmati rebat sehingga RM700 dengan harga selepas diskaun seperti berikut:

  • vivo X300 Ultra (16GB + 512GB): RM6,099
  • vivo X300 Ultra (16GB + 1TB): RM7,099

Manakala bagi vivo X300 FE:

  • vivo X300 FE (12GB + 256GB): RM3,299
  • vivo X300 FE (12GB + 512GB): RM3,899

Pengguna yang mahu pengalaman fotografi lebih lengkap juga boleh mendapatkan Photographer Kit dengan tambahan RM999 sambil menikmati rebat RM300.

Bukan itu sahaja, vivo turut menawarkan pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan bersama rebat segera RM100 melalui bank terpilih seperti OCBC, Hong Leong Bank, Affin Bank dan UOB.

Jika dikira secara bulanan, pengguna boleh memiliki vivo X300 FE bermula sekitar RM137.45 sebulan, manakala vivo X300 Ultra pula sekitar RM254.15 sebulan.

Selain memfokuskan teknologi telefon pintar, vivo turut membawa siri ini lebih dekat dengan dunia hiburan sebenar.

Sebagai sebahagian daripada kempen “The Ultimate Concert Duo”, vivo Malaysia turut menjadi penaja rasmi konsert Gareth.T “Prince Of Nothing” yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Jun 2026.

Bagi peminat Gareth.T, ini mungkin berita yang cukup menarik.

Lebih istimewa, pengguna yang membeli vivo X300 Ultra atau X300 FE juga berpeluang memenangi tiket konsert tersebut melalui kempen khas yang dianjurkan oleh vivo.

Caranya agak mudah.

Pengguna hanya perlu membeli atau membuat pra-tempahan peranti, berkongsi bukti pembelian di media sosial serta memuat naik kandungan seperti unboxing, gambar atau video yang diambil menggunakan telefon tersebut.

Jangan lupa sertakan hashtag rasmi:

#vivoX300Ultra
#vivoX300FE
#TheUltimateConcertDuo
#GarethTongTicketGiveAway

Penyertaan akan ditutup pada 4 Jun 2026 dan pemenang akan diumumkan sehari selepas itu.

Boleh dikatakan vivo kali ini bukan sekadar menjual telefon pintar semata-mata. Mereka cuba membina satu pengalaman lengkap daripada merakam detik di konsert, menikmati hiburan secara langsung, sehinggalah menyimpan setiap memori itu dengan kualiti yang lebih baik.

Kerana bagi sesetengah orang, konsert bukan sekadar sebuah acara. Ia adalah kenangan.

Dan kadangkala, satu gambar yang jelas atau satu video yang sempurna mampu membawa kita kembali ke detik itu walaupun bertahun-tahun kemudian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat