Polis belum panggil, saya masih menunggu – Tony Pua

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tony Pua memaklumkan setakat ini beliau masih belum dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung hantarannya di Facebook yang didakwa menyentuh isu sensitif membabitkan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.

Ini susulan kertas siasatan yang dibuka terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, itu, selepas berpuluh-puluh laporan polis dibuat terhadapnya.

“Belum (dipanggil). Masih tunggu,” katanya memetik BH pada Khamis.

Kelmarin, Tony Pua dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu sahaja.

Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami serta menghayati makna Rukun Negara.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, berkata Pua akan dipanggil untuk direkod keterangan dalam masa terdekat berhubung kenyataannya yang mendakwa kuasa Raja di negara ini terhad.

Siasatan berhubung kes itu katanya, kini dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Menurutnya, hingga pagi tadi, sebanyak 59 laporan polis telah dibuat di seluruh negara.

“Justeru, saya akan memberikan reaksi-reaksi dan komen berdasarkan keperluan-keperluan semasa, insya-Allah,” katanya dalam sidang media di IPK Selangor hari ini.

Media semalam melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan polis membuka siasatan terhadap Pua susulan hantaran dimuat naik di Facebook.

Siasatan terhadap Pua dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat