Bantuan Khas Sempena Kaamatan dan Gawai Disalur Kepada Penerima YKM

KUALA LUMPUR,– Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan menyalurkan bantuan khas sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada penerima yang layak, bagi meringankan beban serta memeriahkan sambutan perayaan tersebut tahun ini.

Bantuan khas sebanyak RM300 itu akan diberikan kepada 19 penerima dalam kalangan anak-anak YKM yang terdiri daripada masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan Rungus di Sabah serta Dayak di Sarawak.

Menurut Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bantuan berkenaan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima bermula 22 Mei 2026.

Beliau berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan YKM dalam memastikan kebajikan penerima bantuan sentiasa terpelihara, khususnya ketika menyambut perayaan utama di negara ini.

“YKM kekal komited memberi bantuan kepada seluruh penerima yang menyambut perayaan terbesar atau terpenting di negara ini, termasuk Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau turut berharap bantuan itu dapat membantu meringankan beban kewangan penerima agar mereka dapat menyambut perayaan bersama keluarga dengan lebih gembira.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak termasuk komuniti setempat, khususnya di kawasan pedalaman, agar membantu menyampaikan maklumat berkaitan bantuan tersebut kepada golongan yang memerlukan, terutama yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Orang ramai juga boleh menghubungi YKM bagi mendapatkan maklumat lanjut melalui talian 03-22027493.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat