Ekonomi Malaysia di posisi kukuh mampu hadapi cabaran global – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejajar reformasi ekonomi dan industri yang dimulakan sejak 2023, Malaysia kini mampu menghadapi cabaran ekonomi global ini dari posisi yang kukuh.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 adalah 5.1 peratus yakni melebihi jangkaan IMF dan Bank Dunia.

“(Bukan cuma itu) pelaburan yang diluluskan pada 2024 juga mencatat rekod tertinggi dalam sejarah, dengan RM378.5 bilion – menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah kesungguhan dalam meneruskan polisi membina daya tahan industri dan syarikat-syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian semasa Chatham House Panel Discussion, di mana beliau mengupas impak dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan bagaimana Asia, khususnya Malaysia, menghadapinya.

“Saya berkongsi bahawa kita kekal komited pada rundingan dan dialog, bukan tindak balas, dalam menangani isu tarif ini.

“(Apa) yang penting, Malaysia akan terus mengukuhkan rantaiaian bekalan, mempelbagaikan pasaran eksport dan melaksanakan reformasi ekonomi melalui inisiatif seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (#NIMP2030) dan NETR untuk memastikan daya saing jangka panjang.

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kita juga akan terus berusaha memperkukuh kedudukan serantau dan memupuk hubungan ekonomi yang kukuh,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat