Dakwa tawar hati ditipu pemilihan cabang, Akmal Nasir tanding MPP uji kepercayaan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas mendakwa ditipu siang-siang dalam pemilihan di peringkat cabang, Akmal Nasir akui sebenarnya sudah tawar hati untuk bertanding dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Tetapi katanya, memandangkan ramai rakan di cabang lain turut teraniaya, ditambah dengan usaha secara sistematik untuk mengetepikan Datuk Seri Rafizi Ramli, beliau masuk bertanding sebagai tanda solidariti dengan semua.

“Johor menjadi saksi terhadap kelesuan politik yang membadai PKR pada PRN yang lepas, sehingga kembalinya Rafizi memberi keyakinan kepada rakyat khususnya pengundi atas pagar untuk memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) sekali lagi khususnya di Johor.

“Benar ujian kuasa itu cukup berat. Sama ada kita tahan dengan habuan yang besar, atau ugutan yang mencengkam.

“Benar jauh lebih mudah berbanding sewaktu kita tidak mempunyai apa-apa dahulu dan rakyat akan terus menjadi penilai bagi ujian ini.

“Sama ada kita melepasi ujian ini dan diberi kepercayaan sekali lagi, atau kita akan dijahanamkan terus oleh rakyat ke dalam tong sampah sejarah,” ujar Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat