Paip Pecah: Tiga Daerah Di Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Esok

- Advertisement -

SHAH ALAM – Lebih sejuta penduduk di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah di Jalan Bukit Cherakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Insiden tersebut menyebabkan penduduk lebih 100 kawasan di wilayah-wilayah berkenaan terputus bekalan air mulai pukul 9 pagi esok sehingga 9 malam pada 24 Mei (Rabu) ini sementara kerja-kerja pembaikan paip pecah dijalankan.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, kerja pembaikan dilakukan melibatkan kes kecemasan apabila paip saluran utama berdiameter 2,200 milimeter (mm) membabitkan agihan berskala besar.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3 pagi, 23 Mei. Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

“Tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, tambah kenyataan itu, dalam tempoh tersebut proses tersebut lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengembumian.

“Bantuan bekalan air alternatif menerusi empat Pusat Khidmat Setempat (PKS) bakal disediakan untuk kemudahan pengguna seperti di Taman Rakyat, Jalan Tun Dr. Ismail, Klang; Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah; Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman dan Persiaran Setia Murni.

“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor menggunakan lori tangki air masing-masing di tiga stesen pengisian yang akan dibuka di Jalan TPP 5/17 Taman Perindustrian Puchong dan Jalan Kinrara 6E Damai Utama Puchong, Petaling serta Pekan Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor,” jelasnya,

Katanya lagi, pengguna boleh mendapatkan perkembangan dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di pusat bantuan menerusi laman sesawang www.airselangor.com. – Utusan

Senarai kawasan terjejas:

Klang dan Shah Alam:

Alam Budiman
Aman Perdana
Armada Putera
Bandar Bukit Raja
Bandar Bestari
Bandar Klang (Batu 1-3 Jalan Meru)
Bandar Putera 2
Bandar Puteri
Bandari Sultan Suleman Fasa 1-4
Batu Belah
Berkeley / Eng Ann
Bukit Kapar
Bukit Kerayong
Eco Ardence
Felda Bukit Cerakah
Glenmarie Cove
Green Hill
Jalan Dato’ Hamzah
Jalan Goh Hock Huat
Jalan Kem
Jalan Kota Raja
Jalan Limbungan
Jalan Padang
Jalan Pelabuhan Utara
Jalan Raja Nong
Jalan Raya Barat
Jalan Stesen dan Solok Besar
Jalan Syahbandar
Jalan Tengku Badar
Jalan Diauddin
Jalan Tengku Kelana
Jalan Tepi Sungai
Jalan Yadi
Kampung Budiman
Kampung Bukit Cerakah
Kampung Delek
Kampung Jalan Kebun
Kampung Johan Setia
Kampung Kastam
Kampung Keretapi
Kampung Keretapi – Pangsapuri Sri Perantau
Kampung Pendamar
Kampung Pulau Indah – Taman Samudera
Kampung Pulau Indah
Kampung Pulau Indah – Wisma Polis Marin Pulau Indah
Kampung Raja Uda
Kampung Teluk Gong
Kapar
Kapar Batu 1-8
Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman
Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman (Perdana Industrial Park)
Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan
Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara
Klang Sentral
Klang Utama
Kota Bayumas
Kota Pandamar
Laguna Park
Lorong Tingkat dan Rembau
Meru
Pandamaran – Jalan Raja Lumu
Pandamaran
Pelabuhan Utara
Perepat
Perindustrian Pulau Indah Fasa 1-3
Persiaran Raja Muda Musa
Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ)
Pulau Ketam
Rantau Panjang – Sungai Putus
Sementa
Setia Alam
Sungai Bertik
Sungai Puloh
Sungai Sireh
Sungai Udang
Taman Bayu Perdana
Taman Bayu Tinggi
Taman Berembang
Taman Desawan
Taman Gembira
Taman Klang Jaya
Taman Pendamar Indah
Taman Petaling Indah
Taman Selatan
Taman Sentosa
Taman Sri Andalas
Teluk Gadung Besar
Teluk Gadung – Taman Radzi
Teluk Gadong Kecil
Teluk Gadong Indah
Teluk Pulai
Westport

Kuala Selangor:

Bukit Kerayong
Eco World

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat