SPRM Terima Laporan Terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur

Armada Perak Dedah Gambar Mahathir Jumpa Pemimpin Politik Melayu

Kuala Lumpur - Muak dengan sikap berpura-pura yang ditunjukkan bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang penyokong parti itu tampil mendedahkan sekeping gambar...

Rentas Negeri Kerana Urusan Kerja, Kecemasan Dibenarkan Bermula 1 Jun Ini

KUALA LUMPUR - Larangan merentas negeri dilonggarkan semula bagi kes-kes kecemasan, perubatan dan urusan pekerjaan. Selain itu, pasangan suami-isteri yang tinggal di negeri yang berlainan...

Video: Nasib Penjaja Lagi Penting, Yang Kena Pecat Dah Kaya Raya, Naik Jet Persendirian – Menteri

Kuala Lumpur - “Saya tiada masa berpolitik, sekarang saya hanya mahu berkhidmat untuk rakyat." Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya...

Kes Covid-19 Berkurangan, Malaysia Kini Dalam Fasa Pemulihan Akhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil mengurangkan penularan...

Lima Daerah Masih Dikategorikan Zon Merah Covid-19 – KKM

KUALA LUMPUR - Kawasan zon merah di negara ini berkurangan kepada hanya lima selepas beberapa buah daerah mencatatkan penurunan bawah 40 kes aktif. Menurut infografik...

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung salah guna kuasa terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Noor Hisyam Ahmad Dahlan.

Laporan itu dikatakan berhubung kelulusan kontrak bernilai RM1.1 juta terhadap syarikat Jitu Harga Sdn Bhd.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Bakri, ketika dihubungi SuaraTV di Kuala Lumpur, hari ini.

“Memang tadi ada laporan dibuat kepada SPRM.

“Aduan itu akan dikaji dahulu dan siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat unsur rasuah atau salahguna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009,” katanya ringkas sebentar tadi.

Seorang pengguna media sosial sebelum ini memuatnaik dokumen yang memaparkan keputusan mesyuarat Lembaga Perolehan Tender Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ekoran pendedahan tersebut aktivis politik, Mohd Rafi Awang Kechik sebentar tadi mengesahkan telah membuat laporan tersebut di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

“Hari ini saya telah membuat satu laporan SPRM tentang penyelewangan tender yang diluluskan secara curang atau boleh disifatkan sebagai melacurkan kuasa.

“Bagaimana sebuah syarikat Jitu Harta Sdn Bhd boleh disenerai pendekkan untuk tender landskap di Tugu Negara, sedangkan pada peringkat awal ia tidak layak dan berada di tangga ke-48.

“Bagi membersihkan nama Datuk Bandar dan tidak dilihat mempunyai kepentingan peribadi, menyalahgunakan kuasa satu siasatan perlu dijalankan,” katanya.

Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Noor Hisyam sebelum ini memutuskan syarikat tersebut sebagai ‘tidak layak’, untuk di pertimbangkan.

Namun mesyuarat Lembaga Perolehan pada 9 Mac yang lalu, memutuskan syarikat tersebut layak untuk dipertimbangkan dan berada pada tangga kedua.

Tender tersebut dikatakan berkaitan kerja penyelenggaraan landskap di Tugu Negara. – SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan