Malaysia-Singapura sambut baik gencatan senjata sementara, fokus perkukuh Grid Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura menyambut baik gencatan senjata sementara melibatkan Amerika Syarikat (AS), Iran, Israel dan Lubnan.

Dalam perbualan telefon antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong telah membincangkan perkembangan terkini konflik Asia Barat yang kian menghimpit rantaian tenaga dan bekalan dunia, termasuk di rantau kita.

“Berhubung dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong bagi membincangkan perkembangan terkini konflik Asia Barat yang kian menghimpit rantaian tenaga dan bekalan dunia, termasuk di rantau kita.

“Kami menyambut baik gencatan senjata sementara melibatkan Amerika Syarikat, Iran, Israel dan Lubnan. Saya tegaskan keperluan mendesak untuk semua pihak menyokong penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkekalan.

“Malaysia menyokong usaha diplomatik yang sedang digerakkan, termasuk peranan Pakistan dalam membuka ruang dialog.

“Pada masa yang sama, kita menegaskan kepentingan mengekalkan kebebasan serta keselamatan laluan maritim di Selat Hormuz, selaras dengan undang-undang antarabangsa,” kata Anwar.

Menyentuh isu tenaga Anwar menyebut, perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan sistem grid serta menangani cabaran keseimbangan penawaran dan permintaan, termasuk mempercepat pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN sebagai langkah strategik serantau.

“Insya-Allah, melalui kerjasama erat dan pendekatan berpaksikan kepentingan rakyat, kita akan terus memastikan Malaysia dan ASEAN kekal berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global ini,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat