Rombak Kabinet: PM akan buat keputusan lepas pemilihan PKR selesai – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada terdapat keperluan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan dilakukan, hanya akan diketahui selepas Pemilihan PKR Peringkat Pusat 2025 selesai, 24 Mei depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata perkara itu (rombakan Kabinet) adalah hak mutlak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Itu (rombakan Kabinet) adalah ‘prerogatif’ Perdana Menteri.

“Mungkin selepas daripada itu (pemilihan Pusat PKR), kita akan tahu dengan lebih jelas laluan ke depan (sama ada rombakan Kabinet perlu dilakukan),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sri Skudai lapor Harian Metro di Johor pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin dan Ahli Adun Skudai Marina Ibrahim.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR mengulas mengenai sama ada rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dilakukan susulan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat cabang, mencatatkan kejutan apabila beberapa ‘nama besar’ serta berjawatan dalam kerajaan, yang bertanding, disahkan tewas mengejut.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, turun naiknya seseorang dalam politik terutama di peringkat Cabang, adalah perkara yang biasa serta menjadi kelaziman.

“Semestinya ramai bertanya, apa seterusnya selepas ini (apabila di Cabang).

“Jika kita lihat dalam PKR sebelum ini, dia bukan ‘straight forward’ contoh calon bagi Parlimen Wangsa Maju adalah Ketua Cabang Titiwangsa, tidak semestinya perlu jadi ketua cabang di situ, maka dia akan jadi calon pilihan raya.

“Namun untuk jawatan politik, PKR masih belum selesai. Pertamanya, kita masih ada pemilihan di peringkat Pusat dengan PKR tidak melarang mana-mana anggota parti terbabit dalam pemilihan pusat, walaupun mereka tidak memegang jawatan di peringkat cabang,” katanya.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, terdapat situasi dalam PKR, pemimpin yang tidak berjaya atau tidak bertanding di peringkat Cabang, namun akhirnya berjaya (pemilihan) di Pusat.

“Jadi prosesnya (pemilihan) masih berjalan. Pencalonan peringkat Pusat berlangsung 3 dan 4 Mei nanti, manakala pemilihan secara fizikal oleh perwakilan yang datang ke Kongres PKR akan berlangsung 24 Mei nanti,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat