BN-PH Kedah boleh putus jika isu jawatan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri gagal diselesaikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hubungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah tidak akan berkekalan jika isu jawatan timbalan pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) tidak diselesaikan secara baik sebelum PRU16,

Menurut Ketua Penerangan Umno negeri Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin buat masa ini, hubungan PH-BN masih baik dan wujud gerak kerja bersama.

“Namun, sekiranya perkara ini tidak diuruskan dengan baik tanpa penyelesaian menang-menang, saya yakin dan percaya hubungan baik ini tidak akan berkekalan.

“Akar umbi dan kepimpinan akan melihat kegagalan pihak PH melunaskan persefahaman ini sebagai satu tindakan tidak menghormati rakan politik sendiri,” lapor FMT pada Isnin.

Sabtu lalu, Pengerusi Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris yang juga timbalan pengerusi PH negeri, menolak kemungkinan kerjasama dengan BN berisiko retak kerana isu jawatan timbalan pengerusi MTPN boleh diselesaikan secara baik.

Terdahulu, pemimpin Umno Kedah, termasuk Shaiful menuntut jawatan itu diberikan kepada mereka seperti dijanjikan dan menggesa kejujuran pemimpin dalam kerajaan perpaduan.

Difahamkan, persefahaman itu dicapai dalam mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan dipengerusikan Anwar Ibrahim dua tahun lalu, yang bersetuju jawatan timbalan pengerusi MTPN di negeri pimpinan pembangkang diwakili pemimpin Umno.

MTPN Kedah kini diketuai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga pengerusi PH Kedah.

Shaiful berkata, walaupun hubungan BN-PH di Kedah tiada masalah ketika ini, tetapi ia tidak begitu kukuh dan perlu diperkuatkan menjelang PRU16.

“Kerjasama baru setahun jagung dan sarat dengan sejarah duka politik, berisiko tinggi untuk terlerai sekiranya ada pihak yang memandang rendah rakan politik ataupun mereka mempunyai agenda tersembunyi.

“Umno Kedah sedia menimbangkan sebarang kemungkinan gerakan politik bagi memastikan parti sentiasa kuat dan relevan di mata rakyat Kedah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat