ADUN DAP Usul Penubuhan Jawatankuasa Tangani Isu Pencerobohan Tanah Di Pahang

- Advertisement -

KUANTAN – Isu pencerobohan tanah di negeri ini memerlukan penyelesaian menyeluruh, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, yang mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas untuk menangani permasalahan tersebut.

Menurut wakil rakyat DAP itu, jawatankuasa tersebut berperanan mencadangkan langkah penyelesaian yang adil terhadap kes-kes pencerobohan tanah, sama ada melibatkan penduduk tempatan mahupun individu dari luar negeri.

Beliau mencadangkan agar jawatankuasa ini dianggotai pelbagai latar belakang termasuk bekas pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG), akademik dalam bidang tanah dari institusi pengajian tinggi (IPT) atau institut berkaitan, tokoh agama, pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), peguam serta individu berpengalaman lain.

“Jawatankuasa ini diberi tiga bulan untuk mengemukakan cadangan pelan tindakan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan.

Pencerobohan perlu dinoktahkan dan tanah yang diceroboh tidak boleh terlalu lama dibiarkan,” katanya ketika membahaskan titah Diraja Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Untuk rekod, kerajaan negeri telah memulakan tindakan penguatkuasaan pada 8 April lalu terhadap kebun durian Musang King yang didapati beroperasi secara haram di Raub, membabitkan kawasan seluas 202.34 hektar – bersamaan kira-kira 283 padang bola sepak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat