Agong, PM Zahir Ucapan Takziah Pemergian Ali Hamsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ketua Setiausaha Negara ke-13, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Dalam kenyataan Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada perkhidmatan awam dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergiaan Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat perkhidmatan awam dan negara.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili Keluarga Malaysia, mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

“Allahyarham merupakan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 2012 hingga 2018 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.

“Allahyarham telah menabur jasa dan bakti selama berkhidmat dan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” ucap Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat