Salah PM 7, PM 8 tak perlu alih ke istana – Puad bidas Dr M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa orang Melayu mula menunjukkan rasa marah kepada istana gara-gara pelaksanaan darurat.

“Tun M dakwa orang Melayu mula rasa marah kepada istana gara-gara laksana darurat di negara ini.

” Dia salahkan PM 8 kerana beri nasihat salah. Kenapa kaitkan dengan istana? Soal Puad.

Semalam, bekas perdana menteri itu berkata, orang Melayu menzahirkan rasa marah di media sosial kerana menderita akibat pelaksanaan darurat, yang diwartakan selepas Yang di-Pertuan Agong mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menyampaikan maklumat yang tidak cukup kepada Seri Paduka sehingga membawa kepada pengisytiharan itu, sedangkan Yang di-Pertuan Agong merupakan pihak yang menjadi sasaran kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan.

“Betulkah dakwaan Tun M itu? Setahu kita tidak ada beza antara PM 7 (Dr Mahathir) dengan PM 8 (Muhyiddin).

“Kedua duanya beri nasihat yang salah kepada Agong.

“Apakah Tun M lupa? Dia yang beri nasihat kepada Agong untuk lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Ternyata rakyat marah dengan Tommy. Dia buat selective persecution, gugur kes Lim Guan Eng, sokong Statut Rome dan banyak lagi.

“Akibatnya Malaysia mendapat seorang Peguam Negara yang terburuk dalam sejarah.

“Maka tidak perlulah Tun M nak ‘divert’ kepada istana.

Katanya, Perdana Menteri ke-7 dan Perdana Menteri ke- 8 yang beri nasihat salah kepada Agong.

“Salah diri sendiri,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat