MT UMNO fokus bincang klip audio Zahid Ahad ini : laporan

KUALA LUMPUR – Kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO akan menjadi intipati utama dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini sejak berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) dan penularan klip audio pakatan sulit.

Memetik Agenda Daily mendedahkan banyak perkara akan dibangkitkan oleh Ahli MT khususnya penjelasan Zahid berhubung klip audio dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan dirinya selain desakan supaya pemilihan parti diadakan dengan segera.

Dijangkakan ia bukan satu mesyuarat yang mudah akan dipengerusikan Zahid selepas pendedahan klip audio dengan Anwar, semua mata pastinya tertumpu kepada sosok yang sudah dibuktikan mempunyai hubungan intim dengan Anwar dan ia terpulang kepada pengalaman Zahid untuk mendamaikan semula UMNO yang kini sudah pun berdepan perpecahan dalaman.

Mengenai pemilihan parti, sumber memberitahu kesesuaian untuk mengadakan pemilihan parti yang akan berakhir mandat pada Jun ini akan menjadi topik utama bagaimanapun mereka perlu menimbang sejauh mana kesannya terhadap parti.

“Kalau adakan pemilihan sekarang, kita tahu akibatnya. Ada Pro dan kontra. Semua itu akan diambil kira dan pertimbangan mana yang kurang mudarat kepada parti, itu yang kita akan pilih Ahad ini,” kata laporan itu.

Jelas sumber itu, Zahid mungkin cuba membangkitkan isu berhubung kedudukan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO untuk sama ada kekal atau meletakan jawatan mereka walaupun semasa PAU lalu sudah diputuskan mereka hanya perlu berundur daripada Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaik Parlimen dibubarkan dan selagi perkara itu tidak berlaku mereka boleh kekal berada dalam kerajaan.

Zahid semasa tular perbualan dengan Anwar ada berbincang berhubung isu peletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, kedua-dua mereka berbincang strategi untuk memaksa kumpulan tersebut meletakan jawatan mereka.

“Isu klip audio mengenai perbincangan antara Anwar dan Zahid berhubung kedudukan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO juga tidak boleh dianggap remeh, pastinya ahli MT dan akar umbi mahu tahu adakah benar Zahid ada niat untuk memaksa mereka meletak jawatan,” katanya lagi.

Menurut sumber lagi, pergolakan dalaman UMNO tidak semestinya berakhir dengan pengunduran Zahid sekiranya beliau tunduk dengan permintaan itu memandangkan terdapat juga kumpulan dalam UMNO yang mengintai peluang bagi merebut jawatan nombor satu tersebut.

Bagaimanapun, ahli MT dijangka membuat keputusan dengan mementingkan masa depan parti berbanding kepentingan sosok tubuh seorang individu yang dianggap liabiliti kepada parti.

“Persoalan sekarang, tuan tubuh badan (Ahmad Zahid) nak berehat kah?

“Persoalan kedua, kalau kita ubah sekali pun, Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) diangkat, bagaimana dengan Datuk Seri Ismail Sabri? Bagaimana dengan Hihammuddin?

“Yang lain-lain lagi nak bertanding presiden tu. Mereka puas hatikah kalau Tok Mat diangkat sebagai calon Perdana Menteri? Cuma ia kurang mudarat kepada parti jika bukan Zahid yang terajui parti,” ujarnya lagi.

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Khamis Ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri...