Harga Minyak Dunia Turun Susulan Lonjakan Kes Jangkitan Covid-19 Di India

- Advertisement -

NEW YORK – Niaga hadapan minyak mentah berakhir rendah, turun dari paras tertinggi dalam satu bulan kerana kebimbangan terhadap India yang mungkin mengenakan sekatan pergerakan susulan lonjakan kes jangkitan dan kematian akibat koronavirus.

India adalah pengimport minyak ketiga terbesar di dunia.

Harga minyak telah meningkat dengan stabil pada tahun ini dengan jangkaan permintaan akan pulih, tetapi ketika Amerika Syarikat dan China meningkat semula, banyak negara lain pula berada dalam keadaan sebaliknya.

India, negara terpadat kedua di dunia pada saat ini paling teruk dilanda Covid-19, melaporkan jumlah kematian terburuk setiap hari.

Harga minyak mentah Brent turun AS$0.48 atau 0.7 peratus kepada AS$66.57 setong.

Semasa sesi itu, ia telah mencapai tahap tertinggi sejak 18 Mac kepada AS$ 68.08.

Manakala harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat susut sebanyak AS$0.94 atau 1.5 peratus kepada AS$62.44

Harga minyak mentah naik pada awal sesi setelah Libya mengisytiharkan force majeure (keadaan luar jangka) bagi eksport dari pelabuhan Hariga dan mengatakan ia akan meluaskan langkah itu pada kemudahan lain dengan alasan pertikaian anggaran.

Hariga dijadualkan menghasilkan sekitar 180,000 tong sehari pada bulan April.

Pengeluaran Libya terjejas tahun lalu setelah pasukan tentera berpusat di timur terlibat dalam perang saudara dan menyekat terminal minyak.

Secara keseluruhan, harga minyak telah pulih daripada paras terendah tahun lalu yang didorong oleh timbulnya wabak koronavirus dan dibantu oleh pemulihan permintaan dan pengurangan pengeluaran yang besar oleh Organisasi Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, yang dikenali sebagai OPEC+. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat