Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

MT UMNO Akan Bincang 3 Perkara?

CYBERJAYA - Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini dijangka memmbincangkan tiga isu utama hasil daripada pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebentar tadi. Menurut sumber...

Ahli politik perlu perbetul keadaaan, walaupun akur titah Agong henti ‘politicking‘

KUALA LUMPUR- Mengakui wajar akur titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli-ahli politik untuk segera menghentikan segala politicking,namun, ahli...

MT UMNO bakal muktamadkan keputusan penting, malam ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa...

Hishammuddin tak tolak isu PM letak jawatan dibincang BN hari ini

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu antara inti pati pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn hari ini...

Selepas dikecam, Mat Sabu padam status desak Muhyiddin letak jawatan

Kuala Lumpur - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan...

ALOR SETAR – Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah menyebabkan mereka dikecam masyarakat.

Mohd Ruslin Abdullah melalui laman Facebook berkata, Ebit Liew sewajarnya memaklumkan kepada mereka dahulu sebelum memberikan sebarang bantuan.

“Duhai Ustaz Ebit, kami tahu tujuan tuan baik dan ikhlas besar ganjarannya membela nasib mereka yang susah dan miskin.

“(Tapi) Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami, tanpa selidik cerita Pak Aq dan anak-anaknya ini.

“Sekarang kami difitnah netizen satu Malaysia. Penduduk kena fitnah, masjid kena fitnah, Zakat Kedah kena fitnah, kerajaan (negeri) kena fitnah, tuan tanah pun kena fitnah angkara kuasa viral sebelah pihak,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Mohd Ruslin turut menyifatkan tindakan Ustaz Ebit Liew itu sebagai tidak baik kerana di dakwa telah menimbulkan fitnah.

“Kami tahu, Ustaz punya pengikut yang ramai, tapi timbulkan fitnah itu adalah perkara baik? Jahatkah kami sampai biar mereka ini hidup dalam sampah.

“Ustaz, kami semua tak biarlah mereka hidup mcm tu, tapi Ustaz bukan kami saja (yang perlu) bantu mereka tapi mereka juga perlu bantu diri mereka,” katanya lagi.

Sementara itu seorang lagi pegawai di pejabat Menteri Besar, Hafiz Azmi turut melahirkan rasa tidak puas dengan mengeluarkan kenyatan berbaur sindiran.

“Bila ada keluarga susah perlu bantuan, mana ada manusia atau pemimpin tempatan yang nak biar, dah tentu ada bantuan yang disalurkan.

“Tapi kita hanya mampu membantu, hang hidang pi la lauk macam mana pun depan mata. Tapi kalau tuan punya badan nak suap sendiri pun malas, takdak manusia yang boleh bantu lagi.

“Allah SWT pun minta kita usaha dan berdoa untuk berjaya. Mana ada cara mudah untuk mengubah cara hidup kita. Apakah dengan duduk saja sambil goyang kaki boleh tunggu duit jatuh dari langit?

“Ada orang yang benar-benar susah, ada yang berlakon susah, ada pulak yang saja buat susah, ada pulak yang menyusahkan diri dan orang lain,” katanya pula.

Semalam, Ustaz Ebit Liew melahirkan rasa sedih melihat kedaifan sebuah keluarga hidup dalam rumah usang yang dipenuhi longgokan sampah.

“Menangis akhirnya sampai Alor Setar. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini..hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.

“Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya.

“Saya bawa pakcik pindah yer. Nak. Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar.

“Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yerlah saya faham. Hati saya sedih sangat.

“Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insyaAllah dan selagi mereka sesuai disitu. Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.

“Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua,” luahnya di laman Facebook. – SuaraTV

Nota: Tinjauan SuaraTV mendapati, Mohd Ruslin Abdullah telah memadamkan semua posting yang berkaitan Ustaz Ebit Liew dari Facebooknya.

2 COMMENTS

  1. aku rasa tak perlu nk “tanya dulu”ustaz tu mmg telah dihantar oleh allah untuk membantu pakcik dan keluarga tu,,syukur alhamdulillah ustaz dtg dari jauh kehidupan keluarga tu terus berubah,,klu nk tggu pegawai mcm hang ni bantu keluarga tu,mmg mereput la jwb nya,,la ni la muka hang baru kluar , nk salahkn ustaz pulak bila ustaz tu da bantu,,poe la hang dohhh,,puihh

  2. adoii…tnggu kamu pula hidup susah hidup miskin brulah kamu akan rasa..sekarang ni kamu cuma tau muncul tuk menyindir.Boleh pula kamu cakap orang ni malas tidak pandai tolong diri sndri..Hoi..kamu ada baca dan dengar semua dalam video??kedua orang tua tu sakit.Yang suri rumah tu pla di rmh jaga anak,hanya suami dia seorang saja bekerja..kamu rasa mampu tak hidup mewah??sewa rumah besar??sedangkan KFC pn anak2 tu berebut..tang mana yg kamu cakap mereka ni malas?sekurangnya ada seorang yg bekerja tuk sara keluarga.Tiba2 pla muncul nak minta kebenaran,ada seorang tu lg pula tiba2 cakap HARAM..mana bantuan yg kamu bagi??TUHAN kirimkan Ustaz Ebit tuk bantu mereka,bukannya nak menunggu bantuan yg ntah bila akan dapat2..lepas tu tidak lama ada pula yg menumpang nama ustaz sama2 ada menyumbang..Begitu??
    kita ikhlas menolong orang tidak perlu keizinan dari siapa2 melainkan orang tu penjenayah.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

MT UMNO Akan Bincang 3 Perkara?

CYBERJAYA - Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini dijangka memmbincangkan tiga isu utama hasil daripada pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebentar tadi. Menurut sumber...

Ahli politik perlu perbetul keadaaan, walaupun akur titah Agong henti ‘politicking‘

KUALA LUMPUR- Mengakui wajar akur titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli-ahli politik untuk segera menghentikan segala politicking,namun, ahli...

MT UMNO bakal muktamadkan keputusan penting, malam ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa...