IRGC Ancam ‘Serangan Hebat’ Ke Atas UAE Jika Pulau Iran Diserang Lagi

TEHRAN — Iran memberi amaran bahawa bandar pelabuhan Ras al-Khaimah di United Arab Emirates akan menjadi sasaran serangan sekiranya pulau miliknya berhampiran laluan perkapalan penting dunia diserang sekali lagi.

Amaran itu dikeluarkan oleh Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC), yang menyatakan bandar tersebut akan menerima “serangan hebat” sekiranya pulau Abu Musa dan Greater Tunb menjadi sasaran baharu.

Menurut kenyataan yang dipetik agensi berita Fars News Agency, pasukan IRGC menegaskan mereka tidak akan teragak-agak menyerang sumber mana-mana tindakan agresif terhadap wilayah Iran.

“Kami telah menyatakan sebelum ini dan membuktikannya secara praktikal bahawa kami akan menyerang sumber sebarang pencerobohan terhadap tanah dan kedaulatan negara kami,” menurut kenyataan tersebut.

Kedua-dua pulau berkenaan terletak berhampiran Strait of Hormuz, laluan strategik yang menjadi titik utama penghantaran minyak global.

Ketegangan di kawasan tersebut meningkat sejak kebelakangan ini berikutan konflik yang lebih luas di Timur Tengah, dengan beberapa negara meningkatkan kesiapsiagaan ketenteraan bagi melindungi laluan perdagangan penting dunia.

Penganalisis berkata sebarang serangan di kawasan itu berpotensi memberi kesan besar kepada pasaran tenaga global kerana sebahagian besar eksport minyak dunia melalui Selat Hormuz.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat