Pencalonan anugerah Seni Cameronian BOH ke-19 (19BCAA)

- Advertisement -

Kembali lagi pada tahun ini Anugerah Seni Cameronian BOH ke-19 (19BCAA)!, Anugerah ini adalah untuk memeriahkan serta membawa keterujaan dalam industri seni negara, bukan itu sahaja ianya untuk meraikan kecemerlangan penggiat seni persembahan negara yang terus memikat penonton dan mengekalkan semangat seni sepanjang tahun lalu.

Anugerah Cameronian BOH  ke -19  (19BCAA) merupakan kemuncak acara yang dinilai sepanjang tahun lepas, dengan 74 produksi dari kategori tarian, muzik, teater muzikal dan teater diadili oleh sekumpulan juri yang hebat. Terdapat sejumlah 37 sub-kategori termasuk Persembahan/Pelakon Terbaik untuk Watak Utama, Kostum Terbaik, Penggayaan & Solekan, Nilai Produksi dan lebih banyak anugerah untuk kategori bakat persembahan, teknikal & kreatif.

Senarai pencalonan telah diumumkan pada 18 mac lepas di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, ini adalah cara untuk merai dan menghargai seni tempatan cemerlang yang telah banyak menyemarakan dan memberikan mengabdikan keazaman serta kreativiti mereka kepada dunia seni tanah air.

Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations berkata, “19BCAA adalah sesuatu yang istimewa kepada BOH kerana ia bertepatan dengan Ulang Tahun ke-95 kami. Jika diimbas kembali, saya melihat terdapat banyak persamaan antara menyempurnakan seni pembikinan teh dan memajukan industri seni persembahan.

“Kedua-duanya memerlukan semangat yang tidak putus-putus dengan antusias yang kuat, dedikasi dan komitmen untuk menguasai kraf masing-masing.

“Melangkah ke hadapan, janji BOH adalah untuk sentiasa melabur dalam usaha ‘sustainabilitea’ supaya kami boleh meneruskan pembuatan. Matlamat dalam perjalanan jenama kami adalah untuk berkongsi teh yang lazat kami dengan generasi akan datang disamping meningkatkan kesejahteraan komuniti yang kami berkhidmat.

“Saya yakin industri seni persembahan juga akan terus memupuk pertumbuhan ekspresi kreatif dan memacu kecemerlangan pada tahun-tahun mendatang. Inilah ‘tea toast’  kepada 19BCAA dan semua penggiat seni persembahan di Malaysia.”

Low Ngai Yuen, Presiden Kakiseni berkata: “Ketika pihak kami mendedahkan pencalonan 19BCAA, adalah penting untuk mengiktiraf dedikasi yang dicurahkan tanpa henti-henti sama ada di atas dan luar pentas. Penganugerahan ini bukan sahaja mengenai bakat – ia adalah pengiktirafan kecemerlangan yang dipamerkan melalui antusias yang tidak terkira banyaknya, sinonim dengan komuniti seni persembahan Malaysia. Ini adalah tahun ke-19 Anugerah Seni BOH Cameronian, oleh itu marilah kita sama-sama luangkan sedikit masa untuk mengiktiraf legasi di sini.

“BCAA telah menjadi juara kecemerlangan yang teguh selama hampir dua dekad, berdedikasi untuk mengiktiraf yang terbaik. Di samping itu, adalah penting untuk menyerlahkan usaha berterusan dalam penghakiman dan inovasi dalam seni persembahan. Perubahan sedang berlaku dalam industri seni persembahan; dan BCAA menerima evolusi ini, memastikan inovasi dan kebolehsuaian dinilai bersama tradisi dan penguasaan. Pasti akan ada kemas kini dan tweak terhadap format serta metodologi penghakiman untuk BCAA untuk masa akan datang. Ini adalah komitmen untuk kekal relevan dan responsif terhadap sifat dinamik persada seni persembahan. Ini bagi menghormati legasi dan terus meningkatkan bakat luar biasa untuk tahun-tahun mendatang.”

Tema tahun ini Pentas Kehidupan: Meneroka Tanpa Batasan, telah dipilih untuk meraikan penerokaan kreativiti tanpa batas dalam komuniti seni persembahan. Dari yang biasa kepada yang luar biasa, pengalaman hidup kami berfungsi sebagai muse ultimate untuk inovasi dan imaginasi, dan kami ingin mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada kuasa transformatif seni serta kekayaan dan kerumitan pengalaman manusia.

Lihat senarai penuh pencalonan Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 disini atau www.kakiseni.org/awards.

Anugerah Seni BOH Cameronian dengan bangganya disokong oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan disokong oleh penaja utama kami, BOH Plantations.

Majlis Anugerah untuk 19BCAA dijadualkan berlangsung pada 5 Mei 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat