Manusia pertama dengan implan Neuralink kini boleh kawal tetikus melalui fikiran – Elon Musk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Neuralink berusaha membantu individu lumpuh dan menghadapi kehilangan sesuatu keupayaan untuk dapat mengawal sejumlah perkara melalui minda.

Neuralink adalah salah satu syarikat dibawah Elon Musk memfokuskan kepada pembangunan antaramuka komputer ke otak, melalui pengimplanan cip.

Amanz melaporkan sebelum ini, ia telah dikongsikan yang mana implan otak Neuralink telah dipasang pada manusia pertama, dan kini perkembangan berkenaannya dikongsikan.

Melalui sesi X Spaces pada platform sosial yang dimiliki Elon Musk, beliau kongsikan yang mana kini pengguna berkenaan telah mula berjaya mengawal tetikus dan mengerakkan ia pada skrin dengan hanya berfikir.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan perlu melalui pelbagai fasa ujian lagi sebelum mengetahui beberapa perkara dan perkembangan dengannya.

Pihak Neuralink masih tidak berkongsi lanjut berkenaan komen terbaharu Elon Musk ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat