KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada jam 4.40 pagi tadi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
Pengurusan jenazah akan dimandikan di Masjid Negara sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak.
Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Sulit anakanda beliau YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib menerusi akaun Facebooknya.
“إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud kepada penciptaNya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban Hijrah.
“Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak,” katanya.
Tun Abdul Taib merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun dari 1981 hingga 2014.
Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Samarahan selama 38 tahun dari 1970 hingga 2008.
Tun Abdul Taib dilantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari 2014 hingga penghujung Januari 2024.- SUARATV