Sebuah konsert bersempena menyambut ulang tahun kelahiran Anuar Zain, “ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL” telah diadakan di Jio Space Petaling jaya Selangor pada 17 Febuari lepas.
Seramai 1000 peminat telah hadir dan turut bergembira menyambut ulang tahun kelahiran idola mereka. Di konsert tersebut juga Anwar Zain telah menghadiahkan “Teddy Bear” buat semua peminatnya dan sebanyak 1080 telah diedarkan pada malam tersebut.
Anuar atau nama lengkapnya Shahrul Anuar Zain, 53, memberitahu, tujuannya memberikan anak patung beruang itu kepada peminat adalah sebagai tanda kenang-kenangan dan simbolik kasih sayang buat mereka.
“Idea untuk memberikan anak patung beruang ini datang daripada pengurusan Anuar Zain Network sendiri. Demi peminat, kami mengeluarkan belanja lebih dengan memberikan hadiah anak patung beruang.
“Terdapat tiga saiz anak patung beruang yang diberikan iaitu kecil iaitu sebanyak 800 unit, sederhana (250) dan dua buah anak patung beruang bersaiz besar untuk diberikan kepada peminat serta pasukan produksi yang menjayakan konsert saya,” katanya.
Konsert anjuran Jiobuddy dan AZN telah bermula pada pukul 3.40 menyaksikan sebanyak 11 buah lagu dipersembahkan dan berlangsung selama 3 jam, bukan setakat berhibur dengan nyanyian sahaja tetapi konsert telah diselang selikan dengan permain meneka bagi menghargai peminatnya.
Dengan kehangatan senyumannya dan interaksi yang penuh kasih, setiap penonton merasakan kehadiran Anuar Zain bukan sekadar sebagai penyanyi, tetapi sebagai teman yang akrab. Anuar zain kerap kali turun dari pentas untuk berenterasi dengan peminatnya sambil memberikan patung beruang kepada peminat.
Anuar Zain membawa pengalaman konsert ke tahap baru dengan berinteraksi langsung dengan penonton. Peminat-peminatnya tidak hanya menjadi penonton pasif tetapi turut terlibat dalam beberapa segmen konsert.
Konsert Anuar Zain ini tidak hanya mencipta sejarah dalam muzik Malaysia dengan keindahan vokalnya tetapi juga dengan cara beliau menjalin hubungan dekat dengan peminat-peminatnya. Melalui interaksi unik dan pemberian hadiah, Anuar Zain telah mengukir tempatnya sebagai seorang artis yang tidak hanya dihormati tetapi juga dicintai oleh peminat-peminatnya.