Tengku Zafrul dah bagi keterangan kepada SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan telah memberi keterangan sebagai saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan projek Jana Wibawa, semalam.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa) kepada SPRM lewat petang semalam.

“Saya akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa jika diperlukan. Terima kasih,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Kelmarin, SPRM dalam kenyataan, berkata suruhanjaya itu akan memanggil Tengku Zafrul yang juga bekas Menteri Kewangan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa Tengku Zafrul akan dipanggil dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, sepanjang pengetahuannya semasa menerajui Kementerian Kewangan sebelum ini, tiada ‘perbelanjaan’ yang tidak sepatutnya berlaku.

“Tapi itu setakat pengetahuan saya, biarlah SPRM buat siasatan mereka,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, tiada apa yang perlu disembunyikan dan beliau sentiasa bersedia untuk memberi keterangan jika diminta berbuat demikian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat