Sherry mahu terus diberi kepercayaan kendali AJL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hos Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) Sherry Alhadad, 38, berharap akan diberi peluang terus mengemudi program pencarian lagu terbaik yang bersiaran di stesen TV3 itu.

Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad berkata, AJL adalah program yang sangat dekat di hatinya, selain menyifatkan platform terus mengasah bakat pengacaraan.

“Jika diberi peluang sudah tentu saya akan ambil. Sebab, ia adalah anugerah berprestij dan ditunggu peminat muzik, setiap tahun.

“Boleh dikatakan, AJL umpama ‘hari raya’ dan sebagai pengacara, ia juga medan saya untuk belajar mengendalikan rancangan termasuk finalis dan penonton. Ini adalah tempat saya untuk belajar sebenarnya.

“Semoga ini pembuka rezeki untuk kami berdua terus berada di atas pentas sebagai pengacara,” katanya kepada BH Online.

Sherry berharap masih berpeluang dengan Jihan berada di pentas sama. - NSTP/Aziah Azmee
Sherry berharap masih berpeluang dengan Jihan berada di pentas sama. – NSTP/Aziah Azmee

 

Mengulas kolaborasi bersama rakan hos, Jihan Muse, Sherry yang juga penerima trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 (ABPBH 32) pada 2019 itu berkata, mereka tidak berdepan sebarang masalah sepanjang bersiaran langsung.

“Sebelum ini, saya pernah mengacarakan satu program dengan Jihan, cuma kebiasaannya ada seorang lagi.

“Saya berbangga dan berbesar hati dapat bekerjasama dengan rakan baik apabila diberi tanggungjawab mengendalikan AJL 37 bersama Jihan.

“Jadi, ia memudahkan urusan sekiranya mahu berbincang mengenai sesuatu perkara apabila mengacara AJL 37 bersama,” katanya.

Selain AJL 37, Sherry pernah mengacarakan beberapa lagi program seperti Melodi, Muzik-Muzik termasuk Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 pada 2022.

Minggu lalu, AJL 37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara Lagu, merekodkan 5.4 juta penonton.

Kenyataan TV3 menyebut, AJL 37 bertemakan Dimensi Muzik yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, menunjukkan capaian platform digital memberangsangkan iaitu pada kadar 1.75 bilion.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat