Rakyat muflis tak mampu bayar hutang, harap benarkan pengeluaran KWSP – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mempertimbangkan pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada rakyat yang terdesak bahkan ada antaranya telah diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar hutang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, umum maklum KWSP adalah simpanan hari tua tetapi bagaimana untuk meneruskan kehidupan hari ini jika tidak mampu untuk membayar hutang.

“Oleh itu, saya meminta Kerajaan mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlukan ini untuk mengeluarkan simpanan KWSP.

“Kajian terperinci juga perlu dilaksanakan agar mereka yang layak sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan KWSP dengan syarat-syarat yang ditetapkan” kata Ismail Sabri ketika menyokong Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, kesan daripada pandemik Covid-19 masih dirasai terutamanya golongan peniaga dan perusahaan
mikro, kecil dan sederahana (PMKS) kerana tidak dapat menjalankan aktiviti lebih daripada setahun akibat PKP.

Ujarnya, pelbagai inisiatif telah diberikan oleh kerajaan namun ramai di antara mereka masih di peringkat permulaan untuk bangkit
semula.

“Begitu juga dengan golongan pekerja. Biarpun telah banyak peluang pekerjaan baharu ditawarkan tetapi pendapatan yang diperoleh mereka tidak seperti dahulu.

“Mereka juga terpaksa membayar kembali pinjaman dengan kadar yang penuh selepas moratorium ditamatkan. Kehidupan mereka agak sukar.

“Baru-baru ini, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) telah bertemu saya. Mereka memaklumkan pada hari ini ramai yang masih terdesak untuk meneruskan kehidupan. Ada di antaranya telah muflis kerana tidak mampu untuk membayar hutang,” jelas beliau lagi.

Sebelum ini, katanya kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

“Saya berharap KWSP tidak terlalu mementingkan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang besar semata-mata, sedangkan pencarum pada hari ini hidup merana.

“Saya percaya pengeluaran ini hanya melibatkan jumlah kecil daripada keseluruhan aset di bawah pengurusan KWSP yang kini sudah mencecah hampir RM1 trilion (RM961.1 billion),” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat