Akui pernah minta Najib berundur, Akmal jelaskan beza bercakap benar tapi hormat dengan pencacai cari makan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mengakui pernah meminta bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak letak jawatan pada 2018.

Namun beliau menegaskan, gesaan itu tidak sedikit pun mengurangkan rasa hormat dan sayangnya terhadap Najib.

“Terima kasih, saya gembira bila ada orang keluarkan kenyataan saya 2018 ni, maksudnya gigih dia mencari point untuk kenakan saya sehingga tahun 2018 punya posting pon dia guna, takut rupanya geng-geng ni.

“Iye memang itu kenyataan saya ketika itu, tetapi inilah Umno, kita boleh berbeza pendapat dalam parti, tetapi itu tidak langsung mengurangkan rasa hormat dan sayang kami kepada pemimpin yang pernah berjasa.

“Buktinya,walaupun saya antara yang minta (Datuk Seri) Najib letak jawatan ketika 2018, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak pernah melupakan jasa dan meninggalkan Najib walaupun beliau tiada apa-apa kuasa dan jawatan ketika ini.

“Berbanding ada segelintir pihak ketika itu yang banyak mengampu Najib,tetapi hilang entah ke mana pada hari ini. Itu beza bercakap benar tetapi hormat dengan pencacai mencari makan,” tempelak Adun Merlimau itu.

Dalam hantaran itu, Dr Akmal berkongsi status seorang pengguna Facebook yang memuat naik “Najib perlu berundur -Dr Akmal Saleh tanggal 11 Mei 2018”.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat