Swasta MAHB: Pas dakwa Khazanah, KWSP tak jaga kepentingan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebagai institusi awam yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat, Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepatutnya menunjukkan standard tadbir urus korporat yang tinggi.

Namun, tindakan mereka dalam isu ini mencerminkan sebaliknya dan boleh menjejaskan reputasi serta kepercayaan rakyat terhadap institusi-institusi ini, kata Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari.

Menurut beliau, Pas kesal dengan sikap kerajaan yang tidak proaktif dalam memastikan proses pengambilalihan ini berjalan dengan telus dan adil.

“Kegagalan kerajaan untuk memantau dan mengawal selia perubahan terma tawaran ini menunjukkan kelemahan dalam melindungi kepentingan pemegang saham minoriti dan integriti pasaran secara keseluruhan.

“Pihak berkuasa yang berkaitan digesa untuk segera campur tangan dan memastikan semua pihak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kerajaan perlu mengambil langkah tegas untuk mengembalikan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap integriti pasaran modal negara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fadhli berkata perubahan terma tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) oleh Gateway Development Alliance, yang diketuai oleh Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) wajib dipandangan dengan serius.

Ujarnya, perubahan ini termasuk penurunan ambang penerimaan daripada 90 peratus kepada 85 peratus dan lanjutan tarikh tutup tawaran, menimbulkan persoalan mengenai integriti pasaran dan perlindungan terhadap pemegang saham minoriti.

“Tindakan mengubah syarat tawaran di pertengahan proses adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam pengambilalihan di Malaysia.

“Lebih mencurigakan apabila tiba-tiba tarikh untuk menarik balik tawaran menjadi lebih singkat iaitu pada 28 Januari.

“Persoalannya, kenapa pihak berkuasa seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti dilihat seolah-olah membiarkan perkara ini berlaku tanpa tindakan tegas? Ini menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ketelusan dan keadilan pasaran modal negara,” kata Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Semalam, Development Alliance Sdn Bhd (GDA), konsortium yang diterajui oleh Khazanah, berjaya mengambil alih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selepas menurunkan syarat penerimaan kepada 85 peratus daripada jumlah saham terbitan.

Konsortium itu telah memperoleh 86.51 peratus saham, membolehkannya mencapai matlamat untuk menswastakan syarikat tersebut.

AmInvestment Bank, mewakili pihak penawar, mengumumkan bahawa tarikh tutup penerimaan tawaran dilanjutkan sekali lagi, daripada 24 Januari 2025 kepada 4 Februari 2025.

Ini merupakan lanjutan kali ketiga selepas konsortium gagal memenuhi syarat asal sebanyak 90 peratus.

Walau bagaimanapun, harga tawaran sebanyak RM11 sesaham MAHB kekal tidak berubah.

Selepas pengambilalihan selesai, Khazanah Nasional akan memegang 40 peratus pegangan dalam konsortium, menjadikannya pemegang saham terbesar.

KWSP akan memiliki 30 peratus, sementara baki 30 peratus lagi akan dipegang oleh usaha sama antara Global Infrastructure Partners dan Abu Dhabi Investment Authority.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat