Golongan mahakaya, konglomerat mesti bantu rakyat miskin, tegas Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam mendepani dampak ekonomi global yang mengesan, Kerajaan Perpaduan mendukung prinsip keseluruhan negara yakni semua pihak perlu bersama Kerajaan dalam memformulasi pendekatan yang menyeluruh.

Golongan mahakaya dan konglomerat yang meraih laba yang besar susulan peningkatan harga komoditi dan subsidi Kerajaan mesti turut menyumbang ke arah sejahtera rakyat terutamanya B40, M40 dan peniaga kecil,” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan itu memberitahu, syarikat BERNAS misalnya, telah bersetuju untuk menyumbang RM10 juta bagi tahun ini dan RM50 juta bagi tahun hadapan kepada para pesawah miskin.

“Kerajaan juga sehabis daya akan memperkukuh petunjuk ekonomi, mengembalikan keyakinan pelabur serta bina semula Malaysia yang sejahtera.

“Sejak penubuhan Kerajaan ini, saya amat terharu dengan sambutan serta sokongan negara-negara luar yang memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan Malaysia terutama dalam meneroka potensi perdagangan dan pelaburan.

“Misalnya, Sultan Brunei yang menawarkan supaya Brunei Investment Agency meneroka peluang pelaburan baharu di Malaysia dan ini sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatuka (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Bagi terus memacu ekonomi, Anwar berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kewangan turut ditugaskan untuk menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan dan meningkatkan pelaburan berkualiti ke arah menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia, terutamanya untuk golongan belia.

Pada masa yang sama katanya, kawal selia bagi pekerja asing juga telah dipusatkan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan pemain industri dapat berkembang maju, khususnya sektor komoditi, pembinaan dan pelancongan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat