15 PPS Di Terengganu Dipindahkan Ke Lokasi Lain Selepas Ditenggelami Banjir

- Advertisement -

SETIU – Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini terpaksa ditutup dan dipindahkan ke lokasi lain selepas ditenggelami air berikutan banjir sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, lima PPS terlibat terletak di Kampung Batu 23 Sungai Bajar, Bukit Tok Bat, Bukit Tadok, Bukit Palas dan Paya Besar di Hulu Terengganu melibatkan 641 orang mangsa.

Menurut beliau, lima PPS lagi di Besut turut terjejas iaitu di Kampung Bukit Rambutan, Pantai Kuala Besut, Surau Gong Resam, Surau Chegar Batang dan Surau Dalam Huma dengan keseluruhan 209 mangsa.

“Di Setiu pula 169 orang mangsa di tiga PPS terpaksa dipindahkan iaitu di Surau Kampung Nyatoh, Balairaya Kampung Permaisuri dan Balairaya Beris Tok Ku.

“Sementara itu, dua lagi adalah di Kemaman membabitkan 622 orang mangsa di PPS Kampung Padang Kubu Baru dan Padang Kemunting.

“Kesemua PPS ini terletak di kawasan baharu yang ditenggelami air dan diluar jangkaan. Malah situasi bencana banjir kali ini agak berbeza namun mangsa telah pun dipindahkan.

“Dengan kekuatan lebih 3,000 anggota penyelamat semua agensi, pembahagian penugasan telah dibuat untuk memberi keutamaan di lokasi kritikal,” kataya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau PPS di Masjid Kampung Penarik dan Sekolah Kebangsaan Mangkuk di sini, hari ini,

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dan meningkatkan aspek keselamatan bagi mengelak kejadian seperti renjatan elektrik daripada berlaku.

Beliau memberitahu, insiden menimpa tiga beradik di Kelantan yang maut percayai terkena renjatan elektrik, semalam, wajar dijadikan iktibar kepada mangsa di negeri ini.

“Selain itu, ibu bapa atau penjaga perlu lebih tegas dengan kanak-kanak kecil yang bermain air kerana kita bimbang ada binatang berbisa yang boleh mendatangkan mudarat,” tambahnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat