Terenggganu Rancang Jadikan Luncur Ombak Acara Tahunan

- Advertisement -

MARANG: Kerajaan Negeri Terengganu merancang menjadikan sukan luncur ombak sebagai acara tahunan setiap musim tengkujuh bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata acara itu berpontensi menarik kedatangan pelancong di samping menyuburkan lagi sukan ekstrem itu dalam kalangan penduduk tempatan.

“Oleh kerana pantai Pulau Kekabu di sini antara tempat terbaik di Malaysia, kita bercadang untuk menganjurkan kejuaraan sukan itu di sini. Sekiranya COVID-19 telah reda, kita akan mengadakan program yang lebih besar tahun hadapan,” katanya ketika melakukan tinjauan sempena penganjuran kejuaraan “Terengganu Monsoon Surfing 2020” di Pulau Kekabu di sini semalam.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lepas berjaya mengumpul seramai 65 peserta tempatan termasuk dari Kedah, Johor dan Pahang.

Dalam pada itu, Ariffin berkata kedatangan pelancong ke negeri ini dijangka akan terus meningkat susulan kebenaran merentas daerah dan negeri baru-baru ini.

“Sejak minggu lepas dan semalam, saya dimaklumkan hotel-hotel di Kuala Terengganu semua penuh termasuk tempahan rumah bot di Tasir Kenyir sekarang sehingga bulan Mac tahun depan.

“Ini menunjukkan walaupun keadaan musim tengkujuh di Terengganu, ia tidak menghalang kedatangan pelancong ke negeri (ini),” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat