Banjir di Terengganu kian buruk, 893 mangsa dipindahkan ke PPS

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu semakin buruk, dengan 893 mangsa daripada 267 keluarga dilapor terjejas.

Semua mangsa kini ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu.

Setakat jam 6 petang tadi, Setiu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan satu PPS dibuka bagi menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kuala Nerus merekodkan mangsa teramai dengan 529 orang terjejas selepas kediaman dinaiki air.

Semua mangsa daripada 157 keluarga kini ditempatkan di enam PPS di daerah berkenaan.

Jumlah mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu turut meningkat kepada 354 mangsa daripada 107 keluarga di dua PPS.

Ketika ini, hujan masih melanda di beberapa tempat di Terengganu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat