BN sedia ketepi perbezaan sentimen untuk bentuk kerajaan – Zahid

- Advertisement -

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) menganggap bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap gabungan itu.

Namun begitu, Pengerusinya Ahmad Zahid berkata, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.

“Kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini,” tegas Zahid dalam kenyataan awal hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau BN akan memberikan tumpuan bagi mengembalikan kekuatan parti dalam tempoh terdekat.

Zahid memberitahu, partinya sedang menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baru.

“Dalam masa yang terdekat BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baru,” ujarnya.

Pun begitu, katanya BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Susulan itu ujar beliau lagi, BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” kata Zahid.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memanggil mesyuarat Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) pada petang Ahad.

Dijadualkan mesyuarat Biro Politik akan diadakan pada jam 12 tengah hari dan MKT pada jam 3 petang. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat