PKPB Di Kelantan Bermula Sabtu Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelantan menjadi negeri terbaru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula esok sehingga 6 Dis ini ekoran peningkatan kes baharu pandemik COVID-19 di negeri itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan kementerian itu menjalankan saringan secara bersasar serta mengurangkan pergerakan penduduk termasuk rentas negeri dan daerah.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dilaksanakan KKM, terdapat peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di beberapa daerah dan mukim di Kelantan.

“Bagaimanapun, keputusan berkaitan aktiviti agama ditentukan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media perkembangan PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Beliau turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di K Avenue Mega City di Penampang, Sabah bermula 22 Nov hingga 5 Dis ini yang melibatkan 400 individu di kawasan itu merangkumi pekerja di pejabat, asrama pekerja dan tapak binaan.

“Sehingga 16 Nov, sebanyak 110 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti ini. Justeru itu, prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat