Jenayah rogol, mencederakan meningkat pada 2019

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...

Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

KUALA LUMPUR - Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat. Ketua Whip Parti Warisan...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...

1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891. Angka kes...

Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini. Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu...

KUALA LUMPUR: Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2020 menunjukkan jenayah rogol dan mencederakan mencatatkan peningkatan sebanyak 5.5 dan 2.9 peratus pada 2019 berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun kesalahan dalam kategori jenayah indeks itu menurun bagi kes samun dan bunuh dengan pengurangan masing-masing 5.3 dan 4 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata laporan kali ini memaparkan enam statistik jenayah terpilih iaitu jenayah indeks, dadah, rasuah, alam sekitar, jenayah maritim dan pemulihan.

Jenayah indeks meliputi dua kategori iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Sebanyak 13 jenis jenayah diambil kira dalam jenayah indeks manakala jenayah maritim dan pemulihan adalah tambahan dua statistik baru yang dikeluarkan pada tahun ini.

Mohd Uzir berkata, nisbah jenayah indeks bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia pada 2019 bertambah baik iaitu 256.6 berbanding 273.5 pada 2018.

Nisbah jenayah indeks bagi semua negeri mencatatkan penurunan kecuali Pulau Pinang (3.7 peratus), Sarawak (4.2 peratus) dan Terengganu (1.3 peratus).

Tujuh negeri merekodkan nisbah jenayah indeks bawah paras nasional pada 2019 iaitu Sarawak (214.6), Perlis (207.5), Perak (195.8), Pahang (195.7), Kelantan (188.2), Terengganu (150.3) dan Sabah (143.5).

“Terdapat empat jenis kes di bawah jenayah harta benda iaitu kes pecah rumah dan curi, kecurian kenderaan, curi ragut dan kecurian lain. Peratus pecah rumah dan curi meningkat 4.8 peratus pada 2019.

“Tiga jenis jenayah yang lain menurun iaitu kecurian kenderaan pada kadar 14.1 peratus, curi ragut (86.2 peratus) dan kecurian lain (1.7 peratus),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tangkapan penagih dadah pada 2019 menurun berbanding 2018 membabitkan lima negeri iaitu Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perlis.

Bilangan tangkapan penagih dadah tertinggi direkodkan di negeri Kedah iaitu seramai 3,582 orang diikuti Kelantan dengan 2,998 orang dan Pulau Pinang (2,893 orang).

Bagi kes rasuah, bilangan tangkapan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkat sebanyak 23.2 peratus.

“Pada 2019, tangkapan bagi kesalahan memberi rasuah meningkat 79.0 peratus diikuti tuntutan palsu 35.8 peratus manakala tangkapan bagi salah guna kedudukan dan lain-lain kesalahan masing-masing menunjukkan penurunan pada kadar 24.7 peratus dan 9.8 peratus,” katanya.

Mohd Uzir turut mendedahkan bilangan tangkapan tertinggi yang diperoleh daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkaitan perairan mengikut akta terpilih pada 2019.

Tangkapan tertinggi pada tahun lalu membabitkan di bawah Akta Perikanan 1985, sebanyak 603 kes, diikuti Akta Imigresen 1959/63 dengan 167 kes, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (132) dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (94).

Beliau turut berkata, laporan statistik itu menunjukkan jenayah membabitkan kanak-kanak bawah umur mencatatkan penurunan.

“Bilangan kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang terbabit dengan jenayah menurun 8.7 peratus daripada 5,294 kes pada 2018 kepada 4,833 kes pada 2019.

“Kanak-kanak lelaki yang terbabit dengan jenayah turut menurun 9.2 peratus manakala kanak-kanak perempuan kekal sama seperti tahun sebelumnya iaitu 290 kes,” katanya.

Bagaimanapun, bilangan kemasukan banduan sabitan mencatatkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Bilangan kemasukan banduan sabitan meningkat 17.9 peratus pada 2019 iaitu seramai 138,044 orang berbanding 2018 (117,090 orang). Selangor merekodkan bilangan kemasukan banduan sabitan tertinggi iaitu 40,882 orang diikuti Sabah (15,695 orang), Johor (14,297 orang) dan Pulau Pinang (10,050 orang).

Berdasarkan statistik 2019 yang dikeluarkan, majoriti mereka yang terbabit jenayah adalah lelaki dengan peratus penagih dadah lelaki (95.7 peratus), tangkapan kesalahan rasuah lelaki (82.9 peratus), kanak-kanak lelaki terbabit jenayah (94.0 peratus) dan peratus kemasukan banduan sabitan lelaki (89.5 peratus).

-BERITA HARIAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...