Kerajaan Pahang ‘terkejut’ Genting Highlands akan kenakan tol, tak pernah mesyuarat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rancangan untuk memperkenalkan caj tol perjalanan sehala bagi mereka yang melancong ke pusat peranginan popular di puncak bukit Genting Highlands nampaknya telah mengejutkan Kerajaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan semasa mesyuarat Exco negeri.

“Belum ada apa-apa yang rasmi mengenai laporan berita itu. Kami (kerajaan negeri) tidak pernah membincangkan cadangan tol.

“Saya sedang mengumpul butiran lanjut mengenai perkara itu. Biar saya mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dahulu,” katanya lapor NST.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, beliau tidak pasti mengenai laporan itu dan sedang mendapatkan pengesahan.

Manakala, akhbar harian Cina melaporkan bahawa pemandu yang pergi ke Genting Highlands tidak lama lagi perlu membayar caj tol dan Lingkaran Cekap Sdn Bhd, yang bertanggungjawab menyelenggara kerja-kerja jalan raya di Genting, akan menguruskan operasi tol itu.

Jurucakap Lingkaran Cekap dilaporkan berkata pemandu hanya perlu membayar sekali apabila perjalanan ke Genting dan lebih banyak perbincangan akan diadakan sebelum pengumuman dibuat.

Media sosial telah dihebohkan dengan imej yang mendakwa sebagai struktur gantri untuk pembinaan plaza tol dengan sesetengah pihak mendakwa ia lebih seperti pondok kutipan bayaran masuk manakala ada yang menimbulkan kebimbangan jika caj itu akan membebankan dan memberi kesan kepada ketibaan pengunjung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat